Ibu Aaron Aziz meninggal dunia
IBU kepada pelakon popular, Datuk Aaron Aziz iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Singapura malam tadi.
Berita sedih itu dikongsikan Aaron menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 11 malam, Sabtu.
"Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadah umrahku dan selamatkanlah ibuku, Juriana Bt Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.
“Ambillah segala kerja amalku untuk menemani ibu di Alam Barzakh. Tempatkanlah ibuku di antara hamba-hamba Mu yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A'la.
“Allahummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini," tulisnya.
Beberapa hari lalu, Aaron ada berkongsi mengenai dirinya yang kini menjalani kuarantin wajib tujuh hari selepas pulang ke Singapura bagi menziarahi ibunya yang kurang sihat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang