Ibu Adi Putra meninggal dunia

A
A
A

Ibu Adi Putra meninggal dunia

PELAKON Datuk Adi Putra berkongsi berita duka bahawa ibunya yang tercinta telah meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim memaklumkan ibunya, Noor Banoo Khan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.15 pagi.

"Assalamualaikum, dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Bte Khan Mohd telah pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi.

Baca juga Derita penyakit paru-paru, pelakon veteran Mek Habsah meninggal dunia pada usia 67 tahun

"Terima kasih pada semua yang mendoakan. Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas asar. Jumaat 15 September 2023 ( 29 Safar 1445H )," tulisnya.

Selasa lalu, Adi yang berada di Mekah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritikal di Singapura.

Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan prosedur jantung ibunya dipermudahkan.

Baca juga Penyampai berita Raymond Goh meninggal dunia

Al-Fatihah dan salam takziah buat Adi sekeluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca