IBU kepada chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meninggal dunia.

Baru-baru ini dimasukkan ke hospital susulan mengalami kegagalan fungsi hati dan dalam masa yang sama menyakit kanser payudara, demensia dan Alzheimer, Noraini Abdullah, 90, dimaklumkan meninggal dunia pada 6.20 pagi.

Chef Wan memaklumkan khabar duka tersebut menerusi laman sosial Instagram.

“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.

“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau dan ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman.

“Al-Fatihah, terima kasih banyak untuk semua ucapan dan doa baik anda untuk ibu saya. Alhamdulillah,” titip Chef Wan.

Baca juga: Alami kegagalan fungsi hati, Chef Wan kongsi keadaan terkini ibu

Chef Wan memaklumkan jenazah ibunya akan diuruskan di Masjid Putra, Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Noraini yang mesra disapa Cik Ani mengalami kegagalan hati disebabkan ketumbuhan kanser yang membesar.

Iklan

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu inilah satu-satunya.’- Chef Wan tolak tawaran, kanser Cik Ani makin merebak

Sebelum ini, Chef Wan telah membuat persediaan rapi momen terakhir bersama ibunya termasuk mendapatkan suite room’ di sebuah hospital swasta.

Salam takziah daripada SinarPlus buat Chef Wan sekeluarga, semoga roh ibu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Baca juga: ‘Duit boleh cari, ibu segala-galanya.’- Demi Cik Ani, Chef Wan upah jururawat bergaji hampir RM6,000 sebulan

Iklan

Baca juga: Ibu selamat jalani pembedahan, perkongsian Chef Wan di hospital buat ramai terharu, titip doa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi