Ibu Sandra Dianne semakin pulih dan sudah ‘move on’

Untitled design (87)
Untitled design (87)
A
A
A

KEHILANGAN anak tersayang secara mendadak mungkin menjadi detik paling sukar buat mana-mana ibu di dalam dunia ini.

Begitulah juga yang dirasai oleh ibu kepada penyanyi Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nor Syakinah selepas pemergiaan anak tersayang pada mulanya.

Bagaimanapun menurut Syakinah, selepas empat bulan Sandra meninggal dunia, dia kini sudah semakin pulih dan ‘move on’ dengan kehilangan itu.

“Alhamdulillah, selepas empat bulan pemergiaan Sandra, saya sudah move on (boleh menerima) dan dapat semula semangat yang hilang.

“Bagi saya ia adalah berkat sokongan keluarga, sahabat handai dan peminat arwah. Mereka tidak putus bertanya khabar dan beri semangat pada saya.

“Saya anggap ujian ini menjadikan saya lebih dekat dan sentiasa ingat Allah SWT,” katanya ketika sesi sidang media secara virtual pelancaran muzik video lagu Sandra baru-baru ini.

Tambah Syakinah, dia juga merancang untuk membuat perniagaan kecil-kecilan dan hasil jualan itu akan diwakafkan sebagai jariah arwah.

“Setakat ini terdapat beberapa perancangan dibuat untuk bekalan arwah di akhirat. Antaranya dengan  penjualan baju T dan buku nota arwah di laman sosial, hasil jualan itu diwakafkan. Insya-ALLAH,” jelasnya.

Terdahulu, Sandra dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan daripada nahas jalan raya di Subang pada 11 September 2020.

Allahyarham ketika itu dalam perjalanan untuk menghadiri sesi latihan program Big Stage musim ketiga di Putrajaya International Convention Centre.

Baca Juga Sandra Dianne Salur Magis Dalam ‘Sandra’

Muzik video rasmi Sandra telah dilancarkan menerusi platform Vevo dan YouTube rasmi (Sandra Dianne Official) untuk tontonan umum. Muzik video tersebut turut menampilkan kumpulan Here Comes July sebagai penampilan khas.

[embed]https://youtu.be/Eev_8M9bVSw[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca