Ibu Ziela Jalil meninggal dunia

Datuk Ziela Jalil - SinarPlus
Datuk Ziela Jalil - SinarPlus
A
A
A

PELAKON dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Fatimah Othman, 70, pada Jumaat.

Difahamkan Allahyarham Fatimah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit dan menghembuskan nafas terakhir di kediaman Ziela sendiri.

Pemilik produksi Pena Creative Picture itu memaklumkan berita tersebut menerusi Instragam Stories miliknya.

“Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.

“Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.

“Telah kembali ke Rahmatullah, ibu kesayanganku, Allahyarham Fatimah Othman,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

 

(FOTO: Instagram Datuk Ziela Jalil)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca