Ifan Seventeen umum nikahi kekasih Mei ini

Untitled design (33)
Untitled design (33)
A
A
A

VOKALIS kumpulan Seventeen, Ifan mengakui bakal menikahi kekasihnya yang juga model, Citra Monica pada Mei depan.

Menerusi laporan Detik Hot, Ifan bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai majlis pernikahan mereka.

"Mei Insya-Allah. Bulan Mei Insya-Allah nikah," kata Ifan semasa ditemui media di Jatinegara, Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad seperti dilaporkan Detik Hot.

Tambah Ifan, dia juga belum membuat persiapan kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Sebenarnya baru sahaja mahu mulakan persiapan kerana terlalu sibuk," ujarnya.

Kisah cinta mereka mula menjadi perbualan hangat netizen sejak dua tahun lalu.

Pada Jun 2019, Ifan dan Citra pernah ditangkap khalwat di pangsapuri Citra.  Bagaimanapun Citra tampil menjelaskan dia sudah bercerai dan penyanyi itu yang juga kenalan lama berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat.

Ifan sebelum ini kehilangan isterinya, Dylan Sahara yang maut dalam tragedi tsunami di Selat Sunda pada 22 Disember 2018.

Tragedi itu turut mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca