Ikan laga jadi inspirasi Atilia Haron lahirkan koleksi batik buat individu aktif

A
A
A

PENYANYI jazz popular yang juga merupakan jurulatih Yoga, Atilia Haron, tampil dengan koleksi fesyen eksklusif beteraskan batik yang ditujukan khusus buat pengamal senaman fizikal seperti Yoga.

Koleksi yang dikenali sebagai Atilia X Batik Boutique ini, adalah kerjasama diantara Hippie Hub dan Artisan-Centred Boutique sebagai usaha kreatif yang tercerna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usahasama ini menampilkan koleksi tikar senaman dan beberapa aksesori fesyen berteraskan batik yang bertujuan bagi menggalakkan gaya hidup sihat untuk orang ramai selama tempoh PKP dan pendemik Covid-19 menular.

Insiprasi ikan Laga atau ikan Betta milik penyanyi berkenaan, telah menjadi pilihan Atilia Haron untuk disemadikan di segenap rekaan koleksinya itu.

Ia sebagai simbol kepahlawanan dan dalam masa yang sama memberi semangat untuk menjadi yang terbaik tatkala mengunakan tikar senaman berkenaan.

Dalam masa yang sama, menurit Atilia pemilihan rona hitam, merah dan emas di dalam koleksi fesyen batik ini juga sebagai simbol kekentalan kepada sesiapa yang memilikinya.

"Ada sebab mengapa saya memilih rekaan dan variasi rona yang kuat ini. Pertamanya kerana saya percaya ia membawa kuasa yang cukup bertenaga.

"Bukan sahaja kepada individu yang menggunakan produk keluaran saya ini, malahan juga barisan penggiat seni yang terlibat di dalam penghasilan rekaan bagi koleksi saya ini.

"Ketika musim di mana sanitasi dan kebersihan menjadi perkara utama dalam hidup, inilah masa yang terbaik untuk memiliki tikar senaman sendiri ke studio atau pusat gimnasium apabila hendak melakukan senaman fizikal seperti Yoga," kata Atilia.

Koleksi Atilia X Batik Boutique, terdiri daripada tikar senaman tahan lasak dari pilihan warna Onyx dan Ruby yang diperbuat daripada bahan bukan toksik, getah asli dengan kemasan suede.

Setiap satu tikar getah senaman berkenan dilengkapi dengan permukaan cengkaman dan menawarkan daya tarikan terhadap tangan dan kaki, sekali gus memberikan keselesaan sepanjang sesi bersenam.

Koleksi Atilia X Batik Boutique juga tampil dengan kimono canting tangan batik di dalam pilihan rona Onyx yang bakal menjadi helaian menawan kalbu untuk disuai padan dengan persalinan asas setiap wanita.

"Kami menyifatkan, kimono ini sangat praktikal dan selesa digayakan. Misalnya apabila ada kelas senaman seawall jam 7 pagi ataupun untuk keluar bertemu rakan dan minum kopi.

"Adakah penampilan kita sempurna tanpa menggayakan pelitup wajah? Saya tak rasa ianya lengkap. Jadi saya bersama Batik Boutique, turut melahirkan rekaan pelitup wajah bagi keselamatan dari jangkitan Covid-19," kata Atilia lagi.

Ikan laga jadi inspirasi Atilia Haron lahirkan koleksi batik buat individu aktif

Pelitup wajah Atilia X Batik Boutique terdiri daripada 2 rekaan yang memiliki 3 lapisan dan disahkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Malah apa yang menarik juga, pelitup wajah ini memiliki rekaan batik daripada motif ikan Betta dan hadir bersama-sama beg khas diperbuat daripada biodegradable dan100% tepung jagung yang boleh digunakan berulang-ulang kali.

Ada satu lagi perkara yang mungkin para penggemar Yoga lupa untuk mengingatkan anda? Iaitu headband yang sebenarnya dapat menambah gaya penampilan apabila bersenam.

Headband ini diperbuat daripada 100% kain sutera asli yang memiliki sentuhan warna menarik. Tiap kali memakainya, pasti terbit rasa ceria dan penuh bergaya, tak kita di lantai senaman atau beriadah di sekitar kediaman.

Menghargai diri sendiri adalah sesuatu yang sangat penting pada waktu ini dan telah terbukti bahawa aktiviti melukis akan membuatkan diri kita lebih ceria.

"Jadi menerusi koleksi ini juga, kami melahirkan set lakaran canting ikan Betta yang dapat membuatkan diri anda lebih santai dan dalam masa yang sama dapat menunjukkan bakat melukis anda di dalam DIY Batik Painting Kit.

"Set melukis ini hadir dengan kelengkapan untuk melukis. Apa yang anda perlukan hanyalah segelas air untuk berus dan juga waktu terluang.

"Anda juga boleh membuat sesi melukis anda lebih bernilai kerana di dalam set melukis ini memiliki panduan untuk anda memulakan sesi melukis. Mudah kan?" kata Atilia.

Produk terakhir di dalam koleksi ini ialah Breathe canvas wristlet yang diperbuat daripada 100% kain kapas tempatan.

Dalam tempoh percubaan ini, Atilia mahu mewujudkan kesedaran supaya lebih ramai individu dapat hidup dengan kesihatan yang baik. Salah satu caranya ialah dengan mesej yang terdapat pada beg kantung berzip koleksinya.

Beg kantung ini boleh dipakai sebagai pelengkap gaya, atau memberi mesej positif kepada orang ramai sepanjang hari.

"Atilia X Batik Boutique bukanlah sekadar koleksi Yoga. Tetapi setiap rekaan yang dimiliki dari koleksi ini memberikan kesan yang mendalam kepada para pencinta seni yang menghasilkan koleksi ini.

"Setiap produk memiliki cerita tersendiri, decanting oleh pelukis tempatan dan dijahit oleh dihasilkan oleh sekumpulan wanita terpinggir tempatan.

"Cerita yang amat bermakna dalam setiap produk ini akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Ayuh! Dapatkan koleksi ini secara online dan di butik Batik Boutiqiue. Bak kata Atilia kepada semua 'be happy and kind'.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca