Ikmal Amry selamat bergelar suami

Untitled design (73)
Untitled design (73)
A
A
A

PELAKON Ikmal Amry selamat bergelar suami kepada personaliti media sosial, Najla Shamsul, 22, pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikah bapa pengantin perempuan, Shamsul Kamar dan majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada majlis itu, Ikmal, 26, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali menyerahkan mas kahwin RM300, wang hantaran RM15,000 serta tujuh dulang hantaran. Sementara pihak perempuan membalas dengan sembilang dulang.

Pengurus Ikmal, Ben Ali ketika dihubungi berkata, Ikmal dilihat menitiskan air mata sebaik sah bergelar suami.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar dan hanya membabitkan keluarga kedua belah pihak serta rakan terdekat.

“Sebelum majlis bermula Ikmal ada cakap dia gementar. Selepas sah dinikahkan, saya tengok dia menangis,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ben Ali, pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kampung Ikmal di Melaka malam ini.

Ikmal dan Najlaa terlebih dahulu mengikat tali pertunangan Mei lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca