BERSEMPENA dengan sambutan Maulidur Rasul dan memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, Astro dengan berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis dan Naura.

Dengan kandungan penuh bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat, Astro berharap program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat, sekali gus mengenang pengorbanan Rasulullah SAW.

Antara yang menarik di saluran-saluran Astro sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah telefilem Iman Hakiki yang akan menemui penonton di saluran Astro Oasis, jam 10 pagi pada 29 Oktober.

HISYAM - PU AZMAN
Hisyam Hamid dan PU Azman menjadi teraju utama Iman Hakiki.

Naskhah arahan Rashid Sibir itu menampilkan gandingan Hisham Hamid, PU Azman, Datuk Rahim Razali, Ruminah Sidek, Zaidi Omar, dan Atita Haris.

Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman.

Iklan

Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar, sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti di zaman Nabi Muhammad SAW, dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran, zikir dan pelbagai aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?

Iklan

Selain itu, saksikan program Life & Love with Lisa, pada hari sama, jam 8 malam. Disiarkan di saluran Naura, program yang dihoskan oleh Lisa Surihani bakal berkongsi dengan penonton kisah beberapa selebriti yang berkongsi perjalanan mereka sepanjang menunaikan ibadah haji dan bagaimana perubahan baru tersebut memberi makna kepada kehidupan masa kini.

live & love with lisa
Datin Fouziah Gous, Amirah Othman dan Wany Hasrita akan berkongsi pengalaman mereka menunaikan ibadah Haji bersama Lisa Surihani.