Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga

Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga
Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga
A
A
A

BEKAS penyanyi yang pernah tular suatu ketika dahulu, Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mat Naim, 36, kini lebih selesa menguruskan hal rumah tangga.

Ina telah berkahwin dengan bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad, 40, dan sehingga kini dikurniakan empat cahaya mata.

Nama Ina kembali menjadi sebutan apabila suaminya dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Oleh itu, segala perihal rumah tangga diuruskan oleh Ina dengan bantuan anak-anak.

Ina juga membantu Suhaimi berjalan dan memenuhi undangan nyanyian.

“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu,” kata Suhaimi ketika ditemui wartawan Sinar Harian di Kubang Kerian.

Selain itu, Ina juga menjadi ‘guru’ mengajar anak-anak mereka yang mengamalkan konsep home schooling.

“Ina juga berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

“Kehidupan kami sekeluarga di sini (Kelantan) berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor,” kata Suhaimi.

Difahamkan juga tiga anak mereka sudah bergerak aktif menyanyi dengan nama kumpulan Pelapis serta pernah menghasilkan album berjudul Doa dan Lagu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca