BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini berbadan dua.

Menurut Azrinaz, 42, kandungannya kini sudah memasuki usia 7 bulan atau 30 minggu dan dia bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk hamil.

“Ini bukan throwback, Apa yang ada lihat sedang berlaku sekarang. Merah jambu atau biru, apa yang harus dipuja, ini adalah anak keempat saya.

“Alhamdulillah syukur. ALLAH merahmati saya dan suami dengan memberi kesempatan untuk memiliki seorang lagi zuriat pada usia begini,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.

Tambah Azrinaz, dia sama sekali tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi cahaya mata selepas melahirkan anak ketiga, Areesya Malaykha pada 15 September 2019.

Menerusi perkahwinan kedua bersama Fairos, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 17 bulan.

Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2018.

Sebelum ini, Azrinaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua cahaya mata, Pengirah Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah 13 tahun.