TIADA siapa yang inginkan kejadian tidak diigini berlaku di hadapan orang ramai.

Tambah lagi, kejadian tersebut ditonton di seluruh pelosok negara.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ini.

Menerusi perkongsian video pendek di Instagramnya baru-baru ini, beliau terpelecok ketika sedang mengendalikan sebuah program secara langsung di kaca televisyen.

Kelihatan juga Uyaina seperti tidak sengaja melangkah ketika sedang mengacarakan program berkenaan.

Bagaimanapun, Uyaina nampak bersahaja dengan tampil memohon maaf setelah kejadian itu berlaku.

Video yang berkapsyen “Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhu #terpeleot” telah mendapat hampir 200 ribu tontonan.

Iklan

Menjengah ruangan komen, pengikut dan rakan artis memuji tindakan Uyaina dengan kembali bersiaran seperti tiada apa terjadi dan beliau turut dikatakan sangat profesional ketika bekerja.

Iklan

pabloamirul- This is professional!

sangeeta_krishnasamy – And handled it like a star!

hanaalmauzah – Hahaha girl, I laugh so hard. But you handle it so gracefully MasyaAllah!

Baca juga Nad Zainal tak kisah jadi pilihan terakhir

mariajjcm – Takpa, it happened to all hosts.

nasrul_isa – Haha professionalnya cara handle kejatuhan terjelepuk tuu.

dyy.ros_ – Nasib baik tak terungkap kata-kata yang tak sepatutnya.

aznilmajid – Hahaha gurl maintain walaupun terpeleot.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)