‘Ini semuanya kesan Covid…” – Ashraf Muslim dedah alami kesan jangka panjang akibat Covid-19

Untitled design (10)
Untitled design (10)
A
A
A

PELAKON Ahsraf Muslim mendedahkan dia telah mengalami kesan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 pada April tahun lalu.

Menurut Ashraf atau nama penuhnya Muhd Ashraf Muslim, 40, doktor yang membuat pemeriksaan pada mulanya menyangkakan masalah yang dialami adalah disebabkan kecederaan lama pada bahu.

Bagaimanapun, setelah diperiksa lebih lanjut, doktor berkenaan tidak menafikan ia adalah kesan daripada jangkitan Covid-19 yang dialaminya setahun lalu.

“Saya buat rawatan bahu sebab ada masalah acromioclavicular joint injury shoulder and elbow (kecederaan sendi di bahagian atas bahu).

“Doktor yang merawat saya, Dr. Rahmani bertanya adakah masalah ini disebabkan kecederaan lama atau pernah terhentak sehingga menyebabkan ia sakit.

“Bagaimanapun saya tidak pernah alami kecederaan di bahu dan sakit itu datang tiba-tiba ketika saya menjalani kuarantin tahun lalu. Jadi beliau kata ada dua sebab masalah ini terjadi, pertama disebabkan hentakan yang kuat ataupun disebabkan virus.

“Kesannya kini, otot di kawasan itu mengecut. Tetapi masalah sendi bahu itu hanya kesan kedua sahaja. Masalah utama selepas jangkitan itu adalah otot mengecut sehingga menyebabkan sendi menjadi tidak aktif.

“Jadi memang jelas ia disebabkan Covid, kerana bila virus dah masuk dalam darah, dan virus itu buat kerjalah (sebabkan masalah lain dalam badan).

“Sebelum ada masalah tulang belikat, lebih baik masalah sendi bahu pula. Ini semuanya kesan Covid, saya reda sahajalah…” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Tambah pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu,  sebagai individu yang aktif bersukan, kecederaan akibat bersukan juga adalah perkara biasa.

“Saya banyak terlibat dengan sukan seperti ragbi, hoki, bola keranjang dan kecederaan itu biasalah. Tetapi bila dah tua, mungkin ada bahagian tubuh badan kita yang pernah cedera menyebabkan virus mudah berjangkit ke kawasan itu.

“Tak apalah, kita reda dengan apa yang ALLAH SWT berikan, sebab ALLAH nak kita pada Dia selalu,” kongsinya menerusi Instagram.

Terdahulu, Ashraf mengesahkan positif jangkitan virus Covid-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, pada penghujung Mac.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca