PELAKON Zarina Anjoulie mengakui perkahwinan yang dibina bersama Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas, Julai tahun lalu sudah berakhir.

Enggan mendedahkan punca sebenar penceraian mereka, pelakon itu bagaimanapun mengakui perkahwinan mereka berlaku terlalu cepat selepas mendapat tekanan daripada orang luar.

“Ok guys, secara jujur tak ada apa yang teruk terjadi pun. Sebab ramai yang tanya, tapi tentunya saya tak mahu aibkan bekas suami.

“Saya rasa, saya kahwin terlampau cepat, itu je. Sebab orang punya tekanan.

“Lain kali jangan kahwin disebabkan tekanan orang lain. Macam inilah kesilapan yang saya buat,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Zarina berkata, dia kini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak lelakinya.

Zarina juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadapnya.

“Saya rasa kami tidak sehaluan lagi. Jadi, ia adalah pilihan.

“Terima kasih sangat kepada semua orang yang mesej dan hubungi saya… terima kasih sebab ambil berat.

Iklan

“Saya rasa sangat terharu, saya rasa ini yang terbaik untuk saya. Saya nak fokus kepada kerja dan keluarga serta anak lelaki saya,” jelasnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Iklan

Sebelum itu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)