PENYANYI Sufi rashid berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Rashid Abdul Rahim yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Allahyarham yang menderita penyakit kanser lidah tahap empat sejak enam bulan lalu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, penyanyi kelahiran Singapura itu memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.

“Abah saya sudah meninggal dunia. Minta sedekahkan AlFatihah. Rashid bin Abdul Rahim. Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan abah hari ini (Sabtu).” luahnya.

Sufi, 32, dalam perkongsian sama berkata, arwah bapanya seorang insan yang baik dan tidak pernah menyusahkan sesiapa.

“Abah memang seorang insan yang baik, tak pernah susahkan sesiapa. Terima kasih atas segalanya abah. Saya janji akan menjadi anak yang soleh dan manusia yang baik seperti abah.

“Insya-ALLAH kita jumpa di syurga nanti abah,” tulisnya.

Difahamkan jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan pada malam Sabtu.

Iklan

“Abah dah buat yang terbaik untuk keluarga abah. Anak-anak abah semuanya berjaya atas bimbingan abah yang tegas dari kecil.

“Saya pegang erat nasihat abah yang selalu mengingatkan diri supaya sentiasa bersabar dan kuat semangat dalam apa jua kita hadapi.

”Look where am i abah? I achieved so many good things in life. I got my patience and the strength to keep fighting from you abah. Its time for you to rest now,” katanya.

Iklan

(FOTO: INSTAGRAM SUFI RASHID)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.