Irfan Haris keluar dari zon selesa

A
A
A

PANDEMIK yang melanda tidak menghalang penyanyi muda ini untuk terus berkarya.

Selepas tampil dengan debut lagu Patung tahun lalu, Irfan Haris kembali dengan single terbaharu, Milik.

Single berentak pop moden itu telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, Ajay Amai, Nick Ariff, Glow Rush, Nappie Hassan dan Kaler-J.

“Lagu ini berkisar tentang kisah percintaan dalam sebuah perhubungan yang asalnya merupakan hubungan di antara dua rakan baik yang kemudiannya ‘hati’ rakan baiknya itu menjadi miliknya, dan hubungan itu menjadi sangat istimewa buat lelaki tersebut.

“Saya membawakan genre pop moden yang tak pernah saya nyanyikan sebelum ini kerana inginkan kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, selain mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

“Lagu ini juga turut memaparkan sisi vokal yang lebih dewasa sesuai dengan usia saya sekarang,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu.

Diusik adakah lagu Milik ini mempunyai signifikasi tersendiri buatnya, anak kelahiran Johor Bahru itu menafikan.

Jelas penuntut tahun akhir jurusan diploma dalam bidang Seni Hiburan di KDU University College itu, dia memilih untuk memberi fokus kepada bidang pelajaran terlebih dahulu.

“Pihak pengurusan Rocketfuel tidak pernah menghalang hasrat saya yang ingin meneruskan pelajaran dan mereka sangat memahami kehendak saya yang mahu menimba ilmu terlebih dahulu.

“Bayangkanlah ketika PKP, saya terpaksa melakukan aktiviti kuliah secara atas talian seperti berlakon, menyanyi dan menari, dan ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan,” kata Irfan lagi.

Dekat dengan pendengarTambah Irfan, video muzik (MV) Milik telah menjalani proses penggambaran sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan oleh kerajaan dan mengambil masa selama sehari untuk disiapkan.

Irfan memilih untuk menceritakan kisah percintaan di kolej dalam muzik video terbaharunya.

“Saya juga sangat teruja dengan konsep video muzik ini yang memaparkan kisah cinta di kolej, di mana saya percaya ramai remaja pernah berdepan dengan situasi sebegini.

“MV lagu ini sangat ringkas namun pasti memberi impak terhadap sesiapa yang menontonnya,” ujar Irfan mengajak peminatnya menghayati kisah percintaan ‘rakan baik’ dalam single terbaharunya itu.

Lagu Milik boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca