PENYANYI, pelakon dan pengacara, Alif Satar memaklumkan isteri dan anak-anaknya bebas daripada jangkitan virus Covid-19.

Bagaimanapun menurut Alif, isterinya, Sha Dila Hadid 35, dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, akan meneruskan proses kuarantin di rumah selama 14 hari.

Alif, 30, turut mengucapkan terima kasih pada semua yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buatnya.

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid-19 dan akan terus kuarantin di rumah selama dua minggu.

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatsapp, Alif baca dan di sini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.

Iklan

“Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah SWT will grant the prayers for you and your family as well. Insya-Allah,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Setakat ini, Alif bersama ibu bapanya, Nor Hafiza Muhammed, Mohamed Satar Ramli dan adiknya, Jim serta pembantu peribadi Alif disahkan positif virus pandemik itu.

Iklan

Alif dan pembantunya kini menjalani kuarantin di Hospital Melaka, manakala ahli keluarga Alif yang lain di Hospital Sungai Buloh.