Isteri hamil anak pertama, Nazrief Nazri bakal bergelar bapa

NAZRIEF NAZRI
NAZRIEF NAZRI
A
A
A

PELAKON Nazrief Nazri bakal bergelar bapa apabila isterinya, Aizatul Aqma kini sedang hamil cahaya maya sulung mereka.

Nazrief, 30, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Saya akan menjadi bapa tidak lama lagi!

“Alhamdulillah rezeki. Masa itu dia check sendiri saja kat rumah. Lepas tu bawa pergi klinik untuk confirmkan dan yeay,” katanya.

Tidak dapat menyembunyikan keterujaannya, pelakon drama Rindu Yang Terindah itu turut meminta peminat dan pengikutnya meneka jantina bayi dalam kandungan isterinya.

“Berdasarkan gambar ni, agak-agak kandungan @angellajoliey ni baby boy atau baby girl,” soalnya.

Ruangan komen hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat Nazrief sekeluarga.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 dan baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan baru-baru ini.

 

(FOTO: Instagram Nazrief Nazri)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca