Isteri Shah Rukh Khan larang tukang masak sedia manisan hingga Aryan pulang

A
A
A

KASIH sayang ibu mengatasi segalanya. Justeru, tidak mungkin bagi seorang ibu untuk bersenang lenang tatkala anak sedang melalui kesusahan.

Masih bersedih dan terkesan dengan penahanan anak sulungnya, isteri Shah Rukh Khan, Gauri Khan dikhabarkan melarang tukang masak menyediakan manisan sehingga Aryan pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut India Today, Gauri mengeluarkan arahan itu setelah mendapati tukang masaknya sedang memasak kheer iaitu puding manis popular di negara itu untuk makan tengah hari.

Difahamkan, manisan adalah sajian penting bagi masyarakat India terutamanya ketika upacara seperti perkahwinan dan keagaamaan.

Baca juga: Shah Rukh Khan Tak Lalu Makan, Aryan Tak Dapat Layan Istimewa

Bahkan, menu itu menjadi lambang kegembiraan dan kesyukuran.

Terdahulu, Gauri difahamkan telah berhajat untuk Aryan sejak perayaan Navratri dan berhenti mengambil gula sejak dari itu.

Menurut sumber terdekat, wanita berusia 51 tahun itu amat terkesan dengan penahanan Aryan dan berharap anak sulungnya itu dibebaskan segera.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan difahamkan meminta rakan selebritinya untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika, dan mahu meluangkan masa bersama keluarga ketika waktu genting ini.

Buat masa ini, Aryan sedang ditahan di Penjara Arthur Road dan dilaporkan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Pemuda berusia 23 tahun itu sebelum ini ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Dalam serbuan 3 Oktober itu, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh Rupee.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,' Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: India Today

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca