SEJAK pagi Isnin, nama pelakon dan pengacara Janna Nick menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga trending #jannanickisgoingtojailparty.

Semuanya bermula apabila isu lama mengenai dakwaan Janna menyindir kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun tiga tahun lalu kembali dibangkitkan oleh peminat selebriti Korea Selatan atau K-Pop.

Biarpun sekali lagi sudah memberi penjelasan, nama Janna, 26, kembali hangat diperkatakan apabila aktres dan pengacara itu didakwa memberi gelaran kurang enak kepada anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa.

Ia sekali lagi mencetuskan kemarahan peminat K-Pop terutamanya peminat Lisa Blackpink sehingga wujudnya gerakan untuk memastikan akaun media sosial Janna ditutup.

Nama Janna hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun Janna menerusi temu bual media memberitahu, dia sendiri memilih untuk menutup seketika semua akaun media sosial dan tidak mahu memberi komen lanjut.

Janna juga telah membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didakwa menfitnahnya sehingga timbulnya salah faham.

Janna turut membuat laporan polis dan SKMM setelah ada pihak di dakwa membuat fitnah terhadapnya.

Tidak berakhir di situ, ada beberapa pelajar Malaysia di Korea Selatan mendakwa mereka terkesan dengan isu terbabit sehingga disingkirkan daripada group WhatsApp tugasan universiti.

Antara beberapa kisah yang berlegar di Twitter semalam.

Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh seorang individu yang juga dipercayai pelajar universiti di sana.

Iklan

Menurut pengguna Twitter terbabit, tiada sesiapa pun kisah mengenai isu Janna Nick di Korea seperti didakwa.

Malah, tidak ada sesiapa yang memaklumkan dicampak kimchi atau dibuang daripada grup aplikasi perbualan seperti yang hangat diperkatakan menerusi Twitter.

Iklan

Apa pun, diharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik.

Sumber : Twitter