Isu pakaian ketat, Hawa Rizwana mohon maaf

A
A
A

PENGACARA Hawa Rizwana mengambil pendekatan untuk memohon maaf selepas ditegur berpakaian terlalu ketat baru-baru ini.

Tidak melatah dengan teguran yang diberikan, personaliti berusia 27 tahun itu berjanji akan lebih berhati-hati dalam soal berpakaian selepas ini.

"Sejujurnya saya memang lebih gemar berpakaian longgar. Ikutkan baju yang saya pakai baru-baru ini agak labuh tetapi mungkin gambar yang saya kongsikan diambil dari sudut yang kurang bersesuaian, jadi nampak tidak sopan.

"Apa pun saya akan mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya kepada SinarPlus ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes at Four Season Place pada Selasa.

Tambah Hawa, kedua ibu bapanya juga cakna dengan apa yang berlaku dan turut menegurnya.

"Tipulah kalau ibu bapa saya tidak menegur. Lagipun ini kali kedua isu pemakaian saya ditegur.

"Saya pun rasa tak seronok bila isu sebegini turut memberi kesan kepada mereka. Apa pun saya ambil teguran itu dari sudut positif kerana ia membawa kebaikan kepada saya juga," jelasnya.

Pakaian yang digayakan Hawa mengundang kecaman netizen yang beranggapan pengacara MeleTop itu mula hanyut dalam dunia glamor.

Hawa sebelum ini ditegur segelintir pengikut media sosialnya yang merasakan dia berpakaian terlalu ketat ketika menjadi pengacara untuk sebuah majlis.

Bekas pembaca berita itu sebelum ini pernah dikritik kerana memakai pakaian sukan yang ketat sehingga menampakkan bentuk potongan badannya ketika melakukan aktiviti sukan berbasikal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca