Ittihad Lagu Nasyid Terbaik, Rabbani ungguli ANAM 2020

A
A
A

LAGUIttihad, nyanyian kumpulan Rabbani dinobatkan sebagai Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam Ahad.

Karya ciptaan Azmee Abdul Manap atau lebih dikenali sebagai Daqmie itu, turut meraih kemenangan untuk kategori Lirik Nasyid Terbaik, menerusi Ito Lara.

Manakala Rabbani pula mengungguli kategori Vokal Nasyid Terbaik menerusi lagu sama menewaskan Alif Satar & Raihan (Sesungguhnya 2019) dan Fadzli Fareast & Maliq Suhaimi (Carilah Aku Di Neraka).

Sementara itu, kumpulan Inteam memenangi kategori Artis Nasyid Pilihan dan turut menerima Anugerah Khas untuk kategori Kembara. Manakala, Raihan pula mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Khas kategori Khalifah.

Anugerah khas itu diwujudkan khusus kepada mereka meraih pencapaian tertinggi dan dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.

Penganjuran anugerah berprestij untuk irama Nasyid itu buat julung kalinya dikendalikan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) dan mendapat kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan stesen RTM sebagai penyiar rasmi.

Tidak ketimggalan ANAM 2020 turut mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik.

Acara penyampaian anugerah yang dihoskan oleh Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana turut diserikan dengan persembahan artis-artis nasyid popular tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers, Inteam, Saujana dan lain-lain. Tidak ketinggalan Datuk Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar Colour of Voices dan ramai lagi.

Bagaimanapun segmen persembahan itu berlangsung menerusi rakaman awal selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Malam kemuncak ANAM 2020 turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Senarai penuh pemenang ANAM 2020

Kategori Utama

Lagu Nasyid Terbaik: Ittihad – Rabbani (Azmee Abdul Manap atau Daqmie)

Vokal Nasyid Terbaik: Rabbani

Lirik Nasyid Terbaik: Ito Lara (Ittihad)

Rakaman Lagu Nasyid Terbaik: Amin Nordin (Sakit)

Susunan Muzik Nasyid Terbaik: Omar K

Video Muzik Nasyid Terbaik: Tiada pemenang

Artis Nasyid Pilihan: Inteam

Artis Nasyid Baharu Pilihan: Aniq Muhai

Anugerah Nasyid Nusantara Pilihan: Sabyan (Indonesia)

Anugerah Khas

Anugerah Kembara: Inteam

Anugerah Khalifah: Raihan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca