JIJIK dengan manusia yang mencaci, mengutuk dan menghina bayi, pelakon Izara Aishah meluahkan rasa marah terhadap segelintir individu yang mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap bayi yang tidak bersalah.

Kekecewaan Izzara yang diluahkan menerusi satu ciapan di Twitter dipercayai berkaitan dengan pendedahan wajah anak kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Baca juga: Padam semua gambar lama, Izara Aishah kini tampil bertudung

Pelakon drama Vanilla Coklat itu menzahirkan rasa kurang senang dengan golongan yang mencaci, mengutuk dan menghina bayi berkenaan.

“Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Tu Bayi la. May you rot in hell,” tulis Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin.

Biarpun tidak menyebut mana-mana nama di dalam ciapannya, warga Twitter kebanyakannya yakin luahan ibu kepada Irisa Alaia itu mempunyai perkaitan dengan Muhammad Bilal.

Menerusi ruangan balasan, warga laman sosialitu kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

Baca juga: Dedah wajah anak, Izara Aishah dan suami pilih nama Irisa Alaia

Bahkan ada yang yang turut terkilan dengan sikap segelintir netizen yang toksik.

-“Manusia sekarang makin tenat. Moga kita semua di bawah lindunganNya selalu.”

-“Betullah anak dia comel, segak ikut mak ayah. Yang lain kutuk tu memang hitam betul hatinya. Budak pun mengata.”

-“Orang kita akhir-akhir ni miskin dengan adab. Bukan semua tapi kebanyakkannya.”

-“Memang ada manusia hati hitam dan busuk sampai baby pun kena hina. Bukan anak Neelofa sahaja, anak Fazura, anak CTDK pun orang kutuk.”

-“Kesian budak tu kecik kecik kena hina dengan manusia sampah.”

Iklan

-“Tak tunjuk mengata, sudah tunjuk membandingkan pula, masalah hati betul.”

Baca juga: Hadiah ALLAH yang menjadi penyejuk mata, Neelofa akhirnya kongsi wajah comel Bilal

Semalam, Neelofa buat pertama kali mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal selepas sebulan bulan dilahirkan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Sebelum itu, usahawan berusia 33 tahun itu meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak menyunting gambar sehingga mengubah muka bayinya yang sebenar.

Iklan

Baca juga: Neelofa tersinggung tidak dihormati sebagai ibu, persoal netizen sebar gambar Bilal

Sumber: Twitter Izara Aishah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.