Jadikan Syahmi Sazli ikon dan contoh : Pengerusi Finas

Untitled design (72)
Untitled design (72)
A
A
A

KEJAYAAN pengarah muda, Syahmi Sazli wajar dijadikan contoh buat pengarah muda lain dalam berkarya.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, Syahmi telah berjaya menghasilkan karya yang menarik dengan jalan cerita yang segar dan mesej positif.

"Pengarah muda bagi filem dan drama sepatutnya menghasilkan idea penceritaan yang lebih segar bagi memenuhi keperluan semasa terutama golongan remaja.

"Mereka juga (pengarah) sebenarnya bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat melalui mesej dalam setiap penceritaan dihasilkan.

“Contohnya seperti Syahmi Sazli, dia lebih memahami apa yang orang muda mahukan. Dia telah berjaya menghasilkan karya yang cukup positif di mata masyarakat terutama dalam setiap mesej yang ingin disampaikan.

“Saya nasihatkan pengarah-pengarah muda lain juga boleh menjadikan Syahmi sebagai ikon dan contoh untuk menghasilkan satu idea menarik dalam karya mereka terutama untuk menyampaikan mesej bina bangsa dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Kubang Kerian baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, pihak Finas sentiasa mengalu-alukan kerjasama yang baik daripada pengarah-pengarah muda terutama dalam pengurusan dana pembikinan sesebuah karya.

Malah, katanya, beliau juga berbangga dengan produksi Syahmi kerana mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak untuk menghasilkan filem Mael Totey yang mendapat jutaan tontonan baru-baru ini.

“Dalam Mael Totey juga kita dapat lihat Syahmi cuba ketengahkan hak orang kurang upaya (OKU) yang mungkin sebelum ini banyak diketepikan dan pandangan serong masyarakat sehingga mereka tidak diberikan peluang dalam pelbagai perkara.

“Malah Syahmi memberikan ruang sepenuhnya kepada golongan OKU ini untuk berkarya sendiri tanpa sebarang sekatan dan kawalan,” katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca