PELAKON dan penyanyi Janna Nick baru-baru ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selama empat hari susulan penyakit Sigmoid Colitis iaitu radang usus.

Dikejarkan ke hospital selepas sakit dan perut dan mengalami kesukaran berjalan, Janna berkongsi foto dirinya yang terlantar menerima rawatan.

Dalam perkembangan terkini, pelantun lagu Gatal itu bersyukur kerana dapat kembali ke set penggambaran drama Surat Dari Tuhan.

Baca juga: ‘Tak payah bangga dapat jadi pembuli siber terhebat…’ – Janna Nick jadi mangsa buli siber lagi

“Alhamdulillah masih boleh bekerja dengan team dan cast yang hebat #suratdarituhan. Terima kasih atas doa semua,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Janna berkongsi keadaan dirinya pasca serangan radang usus. Isteri Dini Schatzman itu kini menitikberatkan pemakanan terutama pengambilan sajian bertekstur lembut.

Janna turut menasihatkan warganet untuk mengamalkan sunah Rasulullah SAW iaitu mengunyah makanan sebanyak 44 kali bagi mengelakkan masalah penghadaman sepertinya.

“So nak update keadaan kesihatan sekarang. Saya cuma perlu menjaga makan macam perut baby, kena makan soft food.

“Kalian jaga usus ok. Sakit usus ni lain macam sakitnya. Hendak berjalan laju pun tak boleh.

“Sekarang Janna makan perlahan dan kunyah banyak kali. Jadi, anda ikutlah sunah Nabi kunyah 44 kali,” ujarnya.

Baca juga: Selamat disatukan, Janna Nick sah milik Dini Schatzmann

Warganet mendoakan agar kesihatan pemilik nama Nurul Jannah Muner itu semakin baik. Tidak kurang juga dalam kalangan mereka berkongsi tip penghadaman yang baik.

Ujar mereka:

Iklan

– “Semoga Janna cepat sembuh. Hanya yang pernah alami sahaja akan faham sakit tu. Jaga makan, jangan stress. Semua tu berkait rapat, take care tau.”

– “Surah Al Fil tujuh kali dan selawat nabi, hembus kepada campuran madu dan minyak zaitun. Baca Bismillah sebelum makan. Makan bila betul-betul lapar dan berhenti sebelum kenyang. Insya-ALLAH.”

– “Semoga Janna kuat dan diberi kesembuhan cepat insya-ALLAH.”

– “Alhamdulillah. Moga ALLAH kurniakan kesembuhan buat Janna. Saya terbayang ketika alami penyakit sama tempoh. Terus stop kafein dan makanan pedas. Jaga diri ya Janna.”

Baca juga: Janna Nick Bintang Paling Popular ABPBH34

Iklan

Sumber: Instagram Janna Nick

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!