BIARPUN menjalani kuarantin di rumah, pengacara dan penyampai radio Hot FM, Haziq Husni tidak mengambil mudah soal Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut Haziq, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 Ahad lalu, dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah.

Bagaimanapun bagi mengikuti SOP, dia bertindak mengasingkan diri daripada isteri dan anak-anaknya.

Malah dalam beberapa posting yang di muat naik, Haziq berkongi video anaknya berusaha untuk membuka pintu bagi berjumpanya.

“Dari pagi asyik ‘daddy, daddy…’. Puas menahan diri. Maaf anak-anak, daddy kena kuarantinkan diri untuk 14 hari. Ini juga demi kebaikan korang. Nanti selepas 14 hari kita jumpa,” jelasnya menerusi Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)

Iklan

Tambah Haziq, keputusan Covid-19 Ahad lalu juga sudah diperoleh dan disahkan negatif, namun dia perlu mengambil ujian kedua pada hari ke-10 atau ke-12 nanti.

Haziq dan Sherry menjadi kontak rapat selepas bintang serba boleh, Alif Satar disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.

Iklan

Dua hari sebelumnya, mereka bertiga bertemu di SFMM35.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)