'Jangan pentingkan diri!' - Fauziah Nawi kesal

Untitled design (72)
Untitled design (72)
A
A
A

PELAKON veteran, Fauziah Nawi meluahkan rasa kesal dengan sikap penting diri segelintir pelakon yang belum divaksinkan.

Jelas Fauziah, paling dikesalkan pelakon seperti ini diberi peluang untuk memulakan penggambaran oleh syarikat produksi lain biarpun jelas melanggar syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Sekarang memang ramai yang mula dapat tawaran, dapat kerja, dengan SOP (prosuder operasi standard) yang sangat ketat.

“PM (pengurus produksi) macam nak mati nak dapatkan SPP (Sijil Perakuan Penggambaran). Semua orang perlu ikut SOP, lengkap dua dos vaksin, kena buat swab test tiga hari sebelum penggambaran dan sebelum balik juga perlu swab test.

“Siapa yang tak nak vaksin tak apa itu pilihan awak. Itu hak individu, hak asasi manusia, tapi jangan sombong.

“Tak ada siapa nak cemburu awak boleh shooting. Itu rezeki ALLAH. Tapi jangan cakap, diam2 sudahlah,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Tambah Fauziah dalam hantaran berbeza, ramai penggiat seni tahu mengenai segelintir produksi yang masih ingin meneruskan penggambaran biarpun ada pelakon yang belum mengambil vaskin.

“Bukan lagi rahsia ada penerbit yang ambil pelakon belum divaksin. Tapi semua buat bodoh diamkan saja.

“Kalau pihak KKM, MKN, Finas buat serbuan siapa nak jawab? Fikirkan kawan-kawan yang masih ramai tak bekerja.

“Apa jadi jika kebenaran bershooting ditarik balik? Jangan pentingkan diri!” ujarnya.

BACA JUGA ‘Saya Tak Mahu Ambil Risiko..’ – Che Ta Tegas Enggan Berlakon Dengan...

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca