Jangkitan kuman dalam paru-paru, pelakon Hisham Ahmad Tajudin kini kritikal

hisham ahmad tajudin
hisham ahmad tajudin
A
A
A

PELAKON veteran, Hisham Ahmad Tajudin, 76, kini dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Difahamkan Hisham dikejarkan ke Hospital Shah Alam pada Khamis selepas tahap oksigen dalam badannya semakin menurun.

Menurut anak perempuannya, Aqeela Mohd Hisham, 26, sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, bapanya sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sehinggalah mengalami batuk berterusan pada Isnin lalu.

“Tahap oksigen abah menurun hingga 50 peratus. Doktor maklumkan keadaannya kritikal dan dia ditidurkan Subuh pagi hari ini (Sabtu).

“Berdasarkan makluman doktor, paru-paru abah serta beberapa organ dalaman lain juga mula rosak akibat jangkitan kuman itu,” katanya.

Aqeela dalam kenyataan sama turut menyatakan, bapanya itu tidak pernah dijangkiti Covid-19, malah sudah lengkap mengambil suntikan vaksin dan dos penggalak.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Hisham cukup dikenali sebagai pelakon yang berkarisma dan pernah membintangi puluhan drama dan filem popular termasuk Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Syurga Cinta, Selamat Pagi Cinta, Tanah Kubur, Tok Ayah dan lain-lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca