Janna Nick Bintang Paling Popular ABPBH34

A
A
A

PELAKON dan pengacara Janna Nick dinobatkan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraih jumlah undian sebanyak 86,374,777 dan merupakan undian tertinggi dalam sejarah penganjuran ABP, sekali gus mengetepikan beberapa calon lain yang turut menjadi sebutan untuk memenangi kategori utama itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan selebriti berusia 26 tahun itu membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta, telefon pintar Xiaomi beserta trofi.

Selain kategori utama, Janna turut memenangi kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam pada itu, penyanyi Siti Nordiana turut memberi saingan apabila meraih dua kemenangan dengan mempertahankan kategori yang dimenangi tahun lalu iaitu Artis Versatil Popular, selain Penyanyi Wanita Popular Xiaomi.

Tidak ketinggalan penyampai Suria FM, DJ Lin sekali lagi mengungguli kategori Penyampai Radio Popular untuk tahun ketiga berturut-turut, selain pernah memenanginya buat kali pertama pada ABP2016.

Malam kemuncak ABPBH34 turut memberi penghargaan kepada penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan menerusi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangannya kepada industri seni tanah air.

Acara penyampaian anugerah turut diserikan dengan persembahan menarik melibatkan artis-artis popular tanah air seperti Ella, Fauziah Latiff, Datuk Zainal Abidin, Ramlah Ram, Kaka Azraf, Aina Abdul, Syamel, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Dihoskan oleh Sherry AlHadad, ABPBH34 berlangsung tanpa kehadiran penonton, selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan pihak berwajib.

Senarai penuh pemenang ABPBH34

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Janna Nick

Artis Baharu Wanita Paling Popular: Dola

Artis Baharu Lelaki Popular: Dinie Rashid

Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan Popular: Khai Bahar & Aina Abdul

Penyampai Radio Popular: DJ Lin

Pengacara TV Popular: Janna Nick

Artis Versatil Popular: Siti Nordiana

Artis Komedi Popular: Asif Suhaimi

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi: Siti Nordiana

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi: Haqiem Rusli

Pelakon TV Wanita Popular: Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular: Ben Amir

Pelakon Filem Wanita Popular: Janna Nick

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Habsah Hassan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Kamal Adli & Uqasha Senrose (Perempuan Tanpa Dosa)

Gandingan Serasi Filem Popular: Wanna Ali & PU Riz (Ada Apa Dengan Dosa)

Watak Antagonis Popular: Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

Watak Animasi Popular: Ejen AliArtis TikTok Popular: Khai Bahar

YouTuber Popular: Aqil Zulkiflee

Anugerah FANtastik Popular: Siti Nordiana FC

(FOTO: ABPBH34/TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca