PELAWAK kumpulan Senario, Hamdan atau nama sebenarnya, 55, Ahmad Hamdan bin Mohammed Ramli kembali ke rahmatullah selepas lima hari ditidurkan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Berita duka itu dikongsikan ahli kumpulan Senario iaitu Azlee kepada Mstar.

Ujar Azlee, sebelum pergi buat selama-lamanya keadaan jantung Hamdan terlalu lemah dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Baca juga: ‘Doakan babah kuat.’ Ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang, anak Hamdan Senario pohon doa orang ramai

“Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus,” katanya.

Difahamkan, jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak pada jam 3 petang untuk dikebumikan.

Terdahulu, Hamdan ditidurkan susulan masalah jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham pada mulanya mengalami cirit-birit selepas pulang makan malam dan menyangka ia disebabkan keracunan makanan.

Baca  juga: Bertahun-tahun baru tahu sakit buah pinggang, awas jika ada 8 tanda ini

Baca juga: Jumlah pesakit buah pinggang dijangka meningkat pada tahun 2040. Satu lagi pusat dialisis dibangunkan

Isteri Hamdan, Norhamalini Ahmed bersama anak-anak ketika Allahyarham menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) (Gambar fail)

Bapa kepada empat cahaya mata itu bertandang ke Johor Bahru bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, pada malam Ahad.

Bagaimanapun, Hamdan dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah pada petang sebelum acara itu berlangsung.

Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan anggota kumpulan Senario yang turut dianggotai oleh Azlee, Wahid, Ilya, Saiful Apek dan Yasin.

Iklan

Menerima berita sedih, rakan selebriti dan warga yang turut berduka susulan pemergian Hamdan mengenang kembali penglibatannya dalam dunia seni.

– Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Kami sama-sama bekerja untuk Senario dan awal penubuhan Senario. Kami Menubuhkan X Senario selepas Hamdan Dan Illya keluar Senario. Cikgu Hamdan Pergi Dulu. Insya-ALLAH, Pak Su akan menyusul kemudian.
Al-Fatihah untuk Hamdan Bin Ramly,” – Shamsul Ghau Ghau

– “Semoga roh Allahyarham abang Hamdan Senario dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Terima kasih kerana menceriakan zaman kanak-kanak kami.”

– Salam takziah dan al-Fatihah untuk arwah. Perginya pada hari Jumaat.”

Iklan

– Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Terima kasih Abang Hamdan telah menghiburkan kami dari kecil, al-Fatihah.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!