Jari kelingking Shahronizam putus, pisau tersasar ketika memotong ayam

A
A
A

PELAKON Shahronizam Noor putus jari kelingking kanan selepas pisau yang digunakan memotong ayam tersasar dan terkena pada bahagian jarinya pada malam Isnin.

Shahronizam, 51, yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Safura Yaacob dikejarkan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun jari kelingkingnya tidak dapat diselamatkan.

Anak tirinya, Daniel Khairi, mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga baru selesai berbuka puasa di rumah.

“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan. Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam.

“Melihat jarinya yang terkulai dan putus, kami segera bawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas melihat kecederaannya teruk,” katanya.

Tambahnya lagi, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan, tetapi proses menyambung kembali jari tersebut tidak dapat dilakukan disebabkan urat arteri yang menyambung darah sudah putus.

Shahronizam bersama isteri, Safura Yaacob.

Bagaimanapun, Daniel yang merupakan anak kepada Safura daripada perkahwinan pertamanya dengan Hairi Kool itu memberitahu, bapa tirinya kini dalam keadaan stabil dan masih berada di wad untuk pemerhatian sehingga lukanya sembuh.

“Walaupun sedih tiada lagi jari kelingking, abah reda dengan ujian yang menimpanya pada Ramadan ini.

“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca