Jatuh cinta ketika di GV7, Bad Indigo nikahi Ashira Mac ini

A
A
A

SIAPA sangka, penganjuran program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) baru-baru ini meninggalkan kenangan yang cukup manis buat ahli kumpulan Indigo, Bad dan pemenang tempat ke ketujuh, Ashira.

Masakan tidak, program tersebut menjadi saksi dua hati bersatu dan seterusnya membawa mereka mendirikan rumah tangga Mac depan.

Menurut Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan Ashira sekitar Oktober lalu.

Ujarnya, sikap penyayang dan kelakar yang dimiliki wanita berusia 36 tahun itu membuatkan dirinya terpaut untuk mengenali Ashira dengan lebih dekat.

“Kami mula berkenalan dan rapat selepas sama-sama menyertai GV7 tahun lalu. Bermula dari situ kami bertukar nombor telefon.

“Ashira seorang yang kelakar dan penyayang. Malah dia ambil berat dengan semua orang yang berada di sekelilingnya,” ujarnya seperti dilaporkan mStar.

Tambah Bad, dia tidak mahu menunggu lama dan bersedia menamatkan zaman duda selewat-lewatnya Mac ini.

“Saya dah berjumpa ibu bapa Ashira Disember lalu bagi membincangkan pernikahan kami. Kalau boleh saya nak segerakan yang wajib dahulu.

“Kami dah uruskan borang permohonan nikah secara online dan masih menanti jawapan sekiranya adalah kekosongan Mac nanti,” jelasnya yang memaklumkan anak-anaknya dan anak Ashira menerima perhubungan mereka berdua.

Bad dan Ashira bersama anak masing-masing.

Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007, namun perkahwinan yang dibina berakhir tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11 tahun.

Manakala Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, juga merupakan seorang ibu tunggal kepada Megat Shazeil Haziq Hadi, 15.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca