Jatuh tingkat 22 pangsapuri, pelakon Syazlin Zainal meninggal dunia

syazlin zainal
syazlin zainal
A
A
A

PELAKON dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Menurut laporan media, pihak polis mengesahkan kematian bintang berusia 26 tahun itu akibat terjatuh dari tingkat 22, sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru dalam satu kejadian sekitar jam 12.50 tengahari.

Berita mengejutkan itu turut dikongsi beberapa rakan selebriti dan kenalan dekat Syazlin di media sosial.

Allahyaraham yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu dikatakan seorang yang sentiasa ceria dan disenangi ramai.

Difahamkan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga.

Syazlin sebelum ini pernah membintangi beberapa buat drama termasuk Oh My Hantaran, Si TikTok dan Takdir Yang Tertunda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca