Joe Flizzow trending di Twitter! ‘Ciao’, MK dan Jay Park rupanya punca

SEMALAM tanda palang atau hashtag Joe Flizzow tiba-tiba trending di Twitter dan hasil tinjauan SinarPlus mendapati ia gara-gara tersebarnya sebuah video teaser pendek hasil kolobrasi yang menampilkan MK K-Clique dan artis hip-hop Korea-Amerika, Jay Park.

A

Wow, bukan calang-calang kolobrasi ini! Tiga nama besar bergabung untuk satu muzik video?

Ya! Jay Park adalah nama yang tidak asing dalam dunia hip hop Korea Amerika yang cukup terkenal malahan Jay Park juga mempunyai peminatnya yang cukup kuat di Malaysia.

Sementara MK daripada kumpulan K-Clique rasanya tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. MK juga mempunyai pengaruh sendiri yang cukup kuat.

Namanya makin melonjak naik dalam arena muzik Hip Hop dan semakin mendapat perhatian meluas dalam kalangan pendengar muzik tempatan.

Difahamkan judul lagu kolobrasi tiga nama besar itu adalah Ciao. Apa yang menarik, kerjasama itu membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Singapura di mana komposer dan penyanyi Alyph menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Video trailer berdurasi 24 saat yang pada mulanya diterbitkan oleh Def Jam Malaysia di laman Instagramnya telah memberikan penonton bayangan yang mana dalam muzik video Ciao nanti akan ada penampilan Joe Flizzow, MK dan Jay Park.

Teaser kolobrasi Joe Flizzow, MK dan Jay Park itu kemudiannya dimuat naik kembali oleh salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @JPARKNET telah berjaya meraih lebih 119 ribu tontonan dan 3,400 ulang kiicau serta 3,500 tanda suka.

Teaser pun dah gempak! Rasa tak puas pula tonton!

Maka tidak hairanlah hashtag #JoeFlizzow dan #JayPark juga trending semalam di Twitter.

Rata-rata warganet teruja dan tidak sabar menantikan hasil lagu gabungan tiga penyanyi hip hop popular ini yang bakal dilancarkan pada 22 Januari ini.

Apa pun sama-sama kita nantikan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca