Jom #SapotLokal Filem 2021, 6 filem tempatan bakal gegarkan pawagam

Jom #SapotLokal Filem 2021
Jom #SapotLokal Filem 2021
A
A
A

BARU sahaja sebulan dibuka, industri pawagam tempatan kembali dengan penuh keyakinan melalui kempen Jom #SapotLokal Filem 2021 yang dianjurkan oleh Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media.

Sempena pelancaran kempen tersebut, enam buah filem tempatan yang dijayakan oleh nama-nama besar industri filem tempatan turut dilancarkan.

Enam filem tersebut ialah Biko, Rasuk, Wayang Puaka, Rumah Maduku Berhantu, 3 Janda dan Airforce The Movie: Selagi Bernyawa.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid berkata, kempen tersebut merupakan satu usaha positif untuk terus memperkasakan filem tempatan.

“Saya berbangga menyaksikan komitmen pihak Multimedia Entertainment, GSC, Astro dan Six Fun Media menerusi pelaksanaan inisiatif Jom #SapotLokal Filem 2021.

“Kempen ini dapat memastikan sektor industri perfileman terus diperkasa sekalipun terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Filem dan Pengarah Urusan Multimedia Entertainment, Datuk Steven Lim, menyifatkan kolaboratif itu penting demi kelestarian industri filem.

“Kolaboratif ini juga tidak akan terhad seperti apa yang kami lihat pada hari ini.

“Keterbukaan kepada idea baharu adalah penting demi kelestarian industri ini, di mana ‘Content is King’ di mana, kita memerlukan dan mengalu-alukan kandungan yang bagus bagi menyemarakkan industri kreatif tempatan untuk terus berkembang,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca