Juara GV7, Cliff Umar bawa pulang RM100,000

Cliff Umar - SinarPlus
Cliff Umar - SinarPlus
A
A
A

PENYANYI Cliff Umar tampil membuat kejutan apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, sebentar tadi.

Cliff, 38, memikat hati juri dengan persembahan mantap menerusi lagu Nakal dan I’d Do Anything For Love (But I Won’t Do That), duet bersama Noryn Aziz untuk segmen medley dan Inilah Nasibku untuk segmen battle rap bersama Muss dan Oja.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Cliff itu pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, pakej penginapan beserta trofi. Tidak hanya itu, vokalis Projek Pistol itu turut menerima Anugerah Bintang Paling Power Miow bagi kedudukannya di tempat pertama.

“Kemenangan ini bukan milik saya sahaja, tetapi untuk semua yang menjayakan persembahan ini, termasuk rakan-rakan artis saya yang bekerja keras setiap minggu dalam GV7,” ujar Cliff sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang.

Sementara itu, Muss memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, pakej penginapan beserta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Ayu Damit dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 pakej penginapan beserta trofi.

Manakala Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja dan Ashira pula masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima, keenam dan ketujuh dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000,  RM15,000, RM10,000 dan RM5,000, pakej penginapan beserta trofi.

Ayu dan Oja turut memenangi Anugerah Next Level Digi, manakala Linda Nanuwil sekali lagi membawa pulang Anugerah Cuckoo Healthy Home.

Persembahan finalis GV7 untuk segmen medley turut diserikan dengan penampilan juara GV terdahulu, yang terdiri daripada Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6). Manakala Liza Hanim pula menggantikan Ayai Ilusi (GV1) yang tidak dapat turut serta atas sebab kesihatan.

Peserta GV7 yang tersingkir awal iaitu Haslinda, Nomad, Indigo, Eva dan Rozita Izlyn turut membuat persembahan penutup pada malam kemuncak ini.

Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir GV7 diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz dan Joe Flizzow sebagai juri jemputan.

GV7 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 11 Oktober lalu.

 

Kedudukan dan markah penuh finalis GV7

  1. Cliff Umar – 71.42%

    (Nakal, I’d Do Anything For Love dan Inilah Nasibku)

  2. Muss – 67.51%

    (Mentari Merah Di Ufuk Timur, Mencintaimu dan Inilah Nasibku)

  3. Ayu Damit - 67.42%

    (Bukan Dia Tapi Aku, Memori Tercipta dan Hikayat Ben Ladin)

  4. Noraniza Idris – 64.23%

    (Hutang, Empat Dara dan EH!)

  5. Linda Nanuwil – 63.28%

    (One Moment In Time, Terlanjur Cinta dan Hikayat Ben Ladin)

  6. Oja – 61.70%

    (Jujur, Di Sana Cinta Di Sini Rindu dan Inilah Nasibku)

  7. Ashira – 60.90%

    (Wajah Kekasih, Beribu Sesalan dan EH!)

 

(FOTO: Azrul Rafi - Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca