TEKA-teki individu di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia akhirnya terlerai pada episode final yang bersiaran di Astro Warna, malam tadi.

Musim pertama program yang diadaptasi daripada rancangan popular Korea Selatan itu menyaksikan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul ataupun menjadi juara pertama program berkenaan.

Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain,  berjaya mengalahkan empat lagi finalis iaitu Rajah Brooke, penyanyi Vaneesa Reynauld; Orang Utan (Tuju K-Clique), Wau (Datin Alyah) dan Enggang (Vince Chong).

Aina hampir berjaya mengelirukan juri sehingga ke pentas akhir The Masked Singer Malaysia.

Penyanyi yang cukup hits dengan lagu Sumpah itu mengakui terkejut dengan kejayaan yang tidak disangka itu dan sempat memohon maaf kerana terpaksa merahsiakan identitinya selama dua bulan.

“Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas kemenangan dan kejayaan yg tidak disangka-sangka ini…

“Ya Allah, sangat susah untuk Aina nak tahan rahsia ini, hampir dua bulan. Aina minta maaf sangat-sangat pada semua yang di luar, keluarga, rakan-rakan dan peminat tersayang.

“Aina tak ada niat nak menipu tapi Auna dan sign contract dan Aina kena patuh. Maaf ya semua!,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih pada semua yang sudah bertungkus lumus berada di belakangnya sepanjang lapan minggu program berkenaan.

The Masked Singer Malaysia yang dikendalikan pengacara, Datuk AC Mizal bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Pada musim pertama ini, Datuk Aznil Nawawi, Ella, Remy Ishak, Nabila Huda, Zizak Razak, Ramona Zam Zam, Raja Azura, Michael Ang, dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

barisan juri
Barisan juri di pentas akhir The Masked Singer Malaysia.

Bagaimanapun Zizan tidak dapat hadir pada minggu akhir dan tempatnya digantikan pelawak dan penyanyi Mark Adam.

Berikut adalah kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert akhir The Masked Singer Malaysia:

Bunga Raya : 96%

Malam Ini Kita Punya (Bunkface) & Listen (Beyonce)

 

Rajah Brooke : 95%

Rampas (Akim & The Majistret) & Ku Bersuara (Ernie Zakri)

Iklan

 

Orang Utan : 94%

Dia (Anji) & Apa Khabar, Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Alyph)

 

Wau : 88%

Iklan

Opera Hidup, Pawana (Wings & Search) & I Surrender (Celine Dion)

 

Enggang : 87%

Tiada Lagi (Amy Search) & Generasiku (OAG)