PELAKON Yuna Rahim kini bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Muhammad Nurakmal Ayub, 27, pada majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuh hotel di Petaling Jaya, pada Ahad.

Yuna atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 27, menerima mas kahwin berjumlah RM300, beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, bintang I Love You Mr Clown itu meluahkan rasa syukur apabila ditemukan dengan pasangan yang mempunyai personaliti sama seperti dirinya.

“Alhamdulillah jumpa yang sama-sama ‘cartoon’ dengan diri saya. Terima kasih buat semua yang hadir ke majlis saya yang serba serdahana.

“Insya-Allah sanding nanti memang saya akan jemput semua kawan kawan,” tulisnya ringkas selepas sah bergelar isteri.

Yuna dan suami mula kenal rapat sejak setahun lalu, sebelum bertunang pada September 2022.

Difahamkan Yuna dan Muhammad Nurakmal yang merupakan kru produksi dan pemuzik mula kenal rapat pada pertengahan tahun lalu, sebelum bertunang pada September 2022 dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.

Iklan

Menerusi ruangan komen pada hantaran tersebut, Yuna dan suami dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa agar perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan sehingga ke Jannah.

(FOTO: INSTAGRAM YUNA RAHIM)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.