K-Clique teruja tercalon di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020

A
A
A

TERUS melebarkan pengaruh, kumpulan hip-hop popular Malaysia, K-Clique mencipta sejarah manis buat kerjaya seni mereka apabila dicalonkan dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang bakal berlangsung di Sweden pada 8 November depan.

Menerusi kategori tersebut K-Clique akan bersaing dengan penyanyi Agnez Mo mewakili Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Khen (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).

Pengundian untuk pencalonan acara berrestij itu dilakukan menerusi kaedah atas talian menerusi pautan https://www.mtvema.com/en-asia/vote/. Tarikh akhir pengundian ialah pada 2 November ini.

Kategori tersebut pernah dimenangi oleh rapper popular Malaysia, Joe Flizzow sekali gus menjadi penyanyi pertama dari Malaysia yang memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung di Sepanyol.

K-Clique merupakan kumpulan hip-hop indie yang dibentuk pada tahun 2017 dan dianggotai oleh anak kelahiran Sabah iaitu MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Mengakui teruja dengan pencalonan tersebut, K-Clique menganggap pemilihan mereka dalam acara hebat itu sebagai pembakar semangat.

Menurut Tuju, pencalonan itu secara tidak langsung menjadi pengakuan rasmi atas kerja keras mereka selama ini.

“Ia memberi inspirasi kepada kami untuk mencipta muzik yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kami sangat menghargai pencalonan ini dan berharap dapat terus memperbaiki diri, sekali gus membuat peminat dan Malaysia bangga,” katanya.

Untuk beberapa minggu akan datang, K-Clique yang dikenali menerusi lagu berjudul Mimpi, Merais dan Pulang itu akan mengadakan kempen media sosial menggunakan #KCMenangMTVEMA di semua akaun media sosial mereka.

Kempen tersebut bertujuan untuk menarik peminat dan orang ramai menyokong K-Clique menerusi pencalonan dalam MTV EMA 2020.

Tidak hanya itu, K-Clique juga akan mengadakan sesi siaran langsung, pertandingan untuk peminat dan juga sesi motivasi untuk menyokong usaha kerajaan memerangi COVID-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca