PELAKON Reen Rahim mengumumkan bakal berkahwin dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mr. H pada hujung bulan ini.

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Noreen Asyikin Abdul Rahim itu belum bersedia berkongsi identiti bakal suami, mahupun tarikh perkahwinan bagi menjaga privasi.

“Apa yang boleh saya kongsikan dia adalah orang daripada industri seni dan terlibat dalam bidang perniagaan.

”Kami sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu dan usinya enam tahun lebih muda daripada saya,” ujarnya.

Berkat doa

Menurut pelakon filem Daddyku Gangster itu, pada awalnya dia dan bakal suami tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin.

Akui Reen, masing-masing tidak mahu terikat dengan komitmen, namun akhirnya terbuka hati untuk disatukan kerana saling menyukai antara satu sama lain.

“Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk halalkan ikatan dan berjanji untuk saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut pada 12 Ogos lalu.

Iklan

Dalam pada itu, wanita 34 tahun ini merancang untuk mengadakan tiga majlis melibatkan acara malam berinai, akad nikah dan resepsi yang mana mendapat keseluruhan RM15 juta daripada Ceres Gold dan The Kenduri.

Majlis pernikahan akan diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya, manakala resepsi di Forest Valley Hall, Cheras.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.