‘Kalau ada rezeki nanti adalah,’ 2 kali gagal IVF, Siti Elizad reda soal zuriat

UJIAN hidup kita tidak sama. Perit jerih yang laluinya saja merasainya.

Seperti yang dilalui pelakon, Siti Elizad dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF).

Bahkan kata bekas penyampai radio itu juga, dia lebih dahulu mahu menjaga kesihatan mentalnya memandangkan usianya kini hampir mencecah usia 40 tahun. Malah dia kini reda dengan ketentuan itu.

Ujarnya, dia tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.

“Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an,” ujarnya.

Tambah pelakon jelita itu, doktor ada menawarkan untuk menjalani IVF buat kali ketiga namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.

Baca juga 9 tahun tunggu zuriat, orang tak tahu struggle, Siti Elizad syukur keluarga tak pernah tanya pasal anak

Kredit foto: Instagram elizadsharifuddin

Bahkan kata Elizad lagi, sehingga kini dia dan suami tidak pernah terfikir soal mengambil anak angkat kerana suaminya sudah punya zuriat menerusi perkahwinan terdahulunya.

Tambah pula dengan anak-anak buah yang ramai memeriahkan kehidupan mereka.

“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan ALLAH SWT. Kalau ada rezeki nanti adalah.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.

Iklan

Baca juga ‘Hensemnya Tuah, muka bonda sangat.’ Sisi keibuan Elizad terserlah ketika dukung anak Remy Ishak, warga maya tersentuh hati!

“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Kemudian, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua pada Mac lalu namun gagal.

Iklan

Sumber: pa&ma, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!