KESAL dengan sikap sesetengah netizen yang sering meninggalkan komen melampau di media sosial, penyanyi MK K-Clique tampil membuat teguran.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 24, mengakui kecewa dengan sikap mereka yang tidak memikirkan perasaan orang lain ketika memberikan sesuatu komen.

“Hari ini aku bangun dengan perasaan yang kecewa dan kesal dengan sesetengah perangai manusia yang suka melontarkan komen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

“Kalau tiada benda baik yang nak cakap, diam. Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan. Kalau ada pendapat, lontarkan,” luahnya.

Iklan

Menerusi perkongsian sama di laman Instagramnya, MK yang baru sahaja tampil menerusi muzik video Peluang Kedua bersama Nabila Razali itu turut menasihati agar saling menghormati perasaan antara sesama.

Iklan

“Bergurau? Biar bertempat. Kita semua manusia, semua ada perasaan. Kalau aku yang kena aku mungkin okay. Memang okay, tapi tolong fikir orang lain.

 

(FOTO: Instagram MK K-Clique)