STATUSNYA sebagai seorang selebriti popular tidak pernah mengubah diri pengacara dan pelakon, Sherry AlHadad, begitu jugalah dengan sambutan hari rayanya.

Biarpun pengaruhnya semakin besar dalam industri, bagi pemilik nama sebenar Sharifah Mariam Syed Abdullah AlHadad ini, raya tetap sama seperti sebelum dikenali ramai.

“Saya sebenarnya seorang yang sangat ringkas dan tidak terlalu beriya membuat persiapan raya baik sebelum bergelar artis mahupun selepas nama dikenali.

“Kalau nampak saya pakai baju yang berfesyen, itu hanya untuk kerja semata-mata. Hakikatnya saya jenis yang suka pakai apa yang ada selagi boleh, kecuali untuk urusan kerja. Begitu mudah dan ringkasnya saya,” ujarnya.

Bagi Sherry, perkara yang lebih mendahului keperluan rayanya adalah dapat beraya dan meluangkan masa bersama ibu tercinta.

Malah pada tahun ini, pengacara program All Together Now Malaysia itu banyak menolak tawaran kerja pada bulan Ramadan dan Syawal kerana mahu lebih banyak berada di rumah bersama keluarga.

Sherry bawa ibu pulang beraya di Kuching, Sarawak.

“Selalunya setiap tahun saya akan sibuk sepanjang Ramadan dan Syawal. Malah pernah esok nak raya, hari ini saya masih lagi perlu melunaskan tanggungjawab pada kerja.

“Sudahnya semua jadi kelam kabut kerana saya adalah orang penting dan penggerak kepada persiapan raya di rumah. Bila sudah penat kerja, kemudiannya kena uruskan persiapan di rumah pula dan ia buat saya rasa penat sangat.

“Jadi tahun ini saya ambil pendekatan berbeza, Seminggu sebelum raya, saya sudah relaks di rumah, luangkan masa bersama ibu dan bantu apa-apa yang patut untuk persiapan raya,” katanya yang pulang menyambut raya bersama keluarga sebelah ibunya di Kuching Sarawak.

Iklan

Lebih tenang

Melihat kepada kemeriahan sambutan raya pada tahun ini, Sherry tidak lepas daripada terkenang sambutan raya ketika dalam fasa pandemik pada tiga tahun lalu.

“Ketika pandemik, saya pula ketika banyak mendapat tawaran mengendalikan program raya di TV. Antaranya mengendalikan program Mega Raya Ria yang berlangsung selama lapan hari raya.

Iklan

“Waktu itu tak rasa sedih pun kerja hari raya sebab saya tahu orang tak kerja pun tak boleh keluar beraya juga,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi