Kamal, Uqasha sah bergelar suami isteri sejak sebulan lalu

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE NIKAH
KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE NIKAH
A
A
A

PASANGAN pelakon Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, tampil membuat  pengumuman istimewa sudah sah bergelar suami isteri  pada 5 November lalu.

Menurut Kamal dan Uqasha, majlis tersebut majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri 100 tetamu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang,

Pada majlis itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli selamat bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.

Majlis bertemakan prekahwinan dalam taman itu menyaksikan Kamal menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Uqasha. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan pengantin baharu yang ditemui pada majlis sidang media liputan eksklusif  'Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose' pada Selasa itu meluahkan rasa syukur apabila selamat disatukan sebagai suami isteri selepas beberapa kali tarikh perkahwinan mereka tertunda disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19.

“Kami telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November lalu dan alhamdulillah segala urusan dipermudahkan selepas beberapa kali tarikhnya bertukar disebabkan situasi semasa pandemik.

“Terima kasih kepada ahli keluarga yang menghormati permintaan kami yang terikat dengan hak eksklusif Astro. Dalam masa sama, kami juga mahu sentiasa menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak yang mahukan yang terbaik untuk kami.

“Kami lega apabila semuanya berjalan lancar dan rasa seperti terlepas satu bebanan,” jelas Kamal.

Sementara itu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, berkata, dia dan Kamal tidak ada niat langsung untuk berahsia tentang hari bahagia mereka.

“Kami tidak ada niat pun nak merahsiakan perkahwinan ini daripada peminat mahupun rakan-rakan media. Memang tak ada niat langsung.

“Bagaimanapun disebabkan kekangan SOP dan tarikh yang sentiasa bertukar-tukar menyebabkan kami mengambil keputusan ini.

“Kalau ikutkan saya memang nak jemput ramai tetamu, apatah lagi saya sendiri mempunyai keluarga yang besar. Namun keadaan semasa tidak mengizinkan.

“Insya-ALLAH selepas ini kami akan mengadakan majlis resepsi dan ketika itu nanti mungkin lebih ramai tetamu akan dijemput,” kata Uqasha.

Dalam pada itu, pasangan pengantin popular ini turut mengesahkan hak penyiaran eksklusif untuk membuat liputan khas pada hari bahagia mereka telah diberikan kepada pihak Astro Ria di saluran 104.

Detik bersejarah penyatuan Kamal dan Uqasha bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember ini, jam 9 malam.

Momen indah tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Terdahulu sebelum ini, Kamal membuat kejutan dengan melamar Uqasha secara langsung ketika siaran Anugerah Meletop Era 2020 dan kemudiannya mengikat tali pertunangan pahaa April lalu.

 

(FOTO: Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca