Kami terpaksa berpisah sekejap - Liza Hanim

Liza Hanim - Shah Indigo
Liza Hanim - Shah Indigo
A
A
A

DEMI komitmen kepada program Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh yang bakal membuka pentas persaingan pada Ahad ini, Shah Indigo terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak buat sementara waktu.

Menurut Liza Hanim yang juga merupakan isteri kepada Shah atau nama sebenarnya Mohamed Shahrin Shamsudin, keputusan tersebut terpaksa dilakukan kerana kediaman mereka di Klang, Selangor kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai tengah malam tadi.

“Dia dah ready. Perjuangan Shahrin Samsudin indigo di GV kali ni berbeza dengan perjuangan saya.

“Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB. Oleh kerana komitmen pada GV7, abang kena keluar kawasan,” kongsi Liza menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam masa sama, penyanyi Tiada itu turut menitipkan doa agar suaminya berada dalam keadaan yang baik sepanjang berjauhan dengan keluarga dalam tempoh dua minggu ini.

“Dua minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang kehulu ke hilir bersama.

“Semoga abang sentiasa di dalam lindungan-Nya,” ucap Liza yang memberi sokongan penuh kepada penglibatan suaminya dalam GV7.

GV7 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, secara eksklusif di saluran Astro Ria (123) dan Ria HD (104) serta Astro On The Go.

 

(FOTO/SUMBER: Instagram Liza Hanim )

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca