Kami terperangkap di pertengahan jalan – Nora Danish

Nora Danish - Cameron Highland
Nora Danish - Cameron Highland
A
A
A

PELAKON Nora Danish berkongsi detik cemas apabila berdepan dengan kejadian tanah runtuh ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland menggunakan laluan Tapah pada Selasa.

Bagaimanapun, Nora, 38, dan kru penggambaran yang bersamanya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang teruk sehingga beberapa jam akibat kejadian itu.

“Jalan yang kami lalui terhalang disebabkan pokok tumbang dan tanah runtuh. Hari ini memang banyak pokok yang tumbang dan menghalang jalan.

“Sudah setengah jam kami menunggu di sini dan ada orang lain pula hampir satu jam,” ujar Nora.

https://www.instagram.com/p/CFI_JQagX9D/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi beberapa perkongsian di laman Insta Sories miliknya semalam, heroin filem Bencinta itu memberitahu, dia dan rakan-rakanya cuba mencari alternatif lain dengan berpatah balik turun untuk menggunakan laluan Simpang Pulai.

Pun begitu, usaha tersebut tidak berhasil apabila mereka terperangkap di tengah-tengah perjalanan disebabkan ada pokok lain pula yang tumbang di laluan itu.

“Ketika dalam perjalanan turun untuk ke Simpang Pulai, pokok lain pula jatuh. Masa naik tadi, pokok tersebut belum jatuh.

“Jadi sekarang, kami terperangkap di pertengahan jalan. Yang atas sana ada pokok jatuh, yang bawah pun jatuh juga,” tulisnya.

Bagaimanapun Nora kemudiannya selamat tiba di lokasi penggambaran beberapa jam kemudian selepas masalah tersebut berjaya diatasi pihak berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Alhamdulillah leganya rasanya. Abang-abang dari Jabatan Pertahanan Awam telah selamatkan keadaan,” kata Nora.

 

(FOTO: Instagram Nora Danish)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca