HASRAT pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin untuk menimag cahaya mata tidak kesampaian apabila mengalami keguguran pada minggu lalu.

Berita duka itu disampaikan Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh ‘rasa’ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masya-ALLAH dia punya gembira tak tahu nak kata kerana sudah lama menanti,

“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macamana. Terduduk seketika,” luahnya.

Bagaimanapun Elizad yang juga merupakan penyampai radio Sinar itu reda atas apa yang berlaku dan percaya ada rezeki lain untuknya kelak.

Elizad sebelum ini telah menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk hamil.

Biarpun rezeki belum menyebelahinya, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Iklan

“Tak mengapa, Insya-ALLAH ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive and will keep on praying.

“See you again doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive and keep praying for my IVF journey,” ujarnya.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman berkahwin sejak 2015 dan kini masih menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga mereka.

Iklan

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Elizad)