NAMA vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu selepas seorang model dan pempengaruh media sosial, Sumner Stroh, mendakwa menjalinkan hubungan sulit.

Perkara itu membuatkan Levine, 43, dikecam hebat oleh netizen kerana isteri yang juga model terkenal, Behati Prinslooo, 34, kini hamil anak ketiga mereka.

Tidak berdiam diri, bekas juri The Voice itu tampil menjelaskan situasi sebenar dan turut menyatakan kekesalan kerana melampaui batas sebagai seorang suami.

“Banyak perkara negatif diperkatakan ketika ini dan di sini saya ingin jernihkan semula keadaan.

“Saya telah melalui pertimbangan terendah apabila berbicara dengan tingkah laku kurang elok bersama individu lain, selain isteri sendiri.

“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai sebarangan hubungan sulit tetapi mengakui sudah melakukan sesuatu yang melampaui batas.

“Saya amat menyesali perkara tersebut.

“Untuk situasi tertentu, semua yang terjadi adalah tidak baik namun saya telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk memulihkan keadaan ini bersama keluarga,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

ADAM LEVINE

Iklan

Meskipun tidak terjebak dalam skandal, Levine tetap berasa bersalah atas perbuatannya.

“Isteri dan keluarga merupakan individu yang sangat sayangi serta akan diberikan perhatian.

“Saya sangat bodoh dan naif kerana mempertaruhkan satu-satunya perkara yang sangat penting dan itu adalah kesilapan terbesar yang pernah dilakukan.

Iklan

“Kesilapan ini tidak akan saya ulangi lagi dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami akan melaluinya bersama-sama,” ujarnya.

Stroh pada Selasa memuat naik tangkap layar perbualan mereka dalam TikTok, mendakwa mempunyai hubungan sulit selama setahun dengan suami model Victoria Secret itu.

Lebih memanaskan situasi, Levine dilihat mahu menggunakan nama Stroh untuk anaknya yang bakal dilahirkan kelak.