Karakter Kang The Conqueror jadi tarikan Ant-Man and the Wasp: Quantumania

A
A
A

FILEM superhero Marvel Cinematic Universe (MCU) yang ditunggu ramai, Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini menemui penonton di pawagam tanah air bermula 16 Februari lalu.

Sejak awal trailernya dikongsi kepada umum dengan menampilkan beberapa sedutan menarik, ia sudah mula mencetuskan keinginan tinggi penonton untuk mengembara bersama siri ketiga filem ini selepas Ant-Man (2015) dan Ant-Man and the Wasp (2018).

Masih kekal dengan pengarah sama, Peyton Reed, naskhah kali ini menceritakan tentang Scott Lang dan Hope Van Dyne yang kembali meneruskan pengembaraan mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.

Bersama dengan ibu bapa Hope iaitu Janet Van Dyne dan Hank Pym serta anak perempuannya, Cassie, mereka tanpa sengaja terjebak ke dunia Quantum yang penuh misteri dan melampaui batas fikiran.

Janet sebenarnya pernah terperangkap dalam dunia Quantum selama berpuluh tahun, tetapi menyimpan rahsia tersebut sehinggalah terbongkar ketika dia kembali berada di tempat sama bersama keluarganya sendiri.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania sebagai penutup trilogi siri ini boleh dikatakan agak menarik meskipun penonton mungkin mengharapkan ia lebih daripada itu.

Naskhah kali ini tampil dengan plot penceritaan ringkas, tetapi perjalanan dan penyampaiannya sedikit perlahan dan tidak seperti dijangka.

Lakonan hebat

Bagaimanapun kewujudan antagonis baharu, Kang The Conqueror, lakonan hebat daripada Jonathan Majors merupakan antara kekuatan utama filem ini.

Kang bukan penjahat biasa, tetapi mempunyai satu tarikan luar biasa berdasarkan karakter yang ditunjukkan. Kejam, sinis, dingin dan mampu mencipta suasana seram penuh debaran hanya dengan kata-kata dan gerak tubuhnya.

Boleh dikatakan filem ini menjadi pintu masuk Kang ke dunia MCU dan lakonan Jonathan sangat menyerlah dan memberi impak besar kepada watak tersebut.

Lakonan hebat Jonatahan Majors sebagai Kang The Conqueror.

Tidak ketinggalan juga watak-watak sampingan lain yang penuh warna dan tampil dengan keunikan tersendiri dalam menyokong cerita.

Turut menarik perhatian pastinya visual mengujakan yang dipaparkan dalam filem ini dengan paparan CGI yang sangat cemerlang dalam menghidupkan suasana dunia Quantum yang dipenuhi dengan makhluk pelik dan kota penuh warna warni.

Proses suntingan dan kreativiti yang ditampilkan dalam filem ini sangat menjadi dan berjaya menghasilkan satu naskhah yang menarik.

Tidak hanya itu, ia juga masih tampil dengan tema kekeluargaan menyentuh hubungan antara Scott dan Cassie. Kehadiran Kang ternyata memberi banyak kesedaran pada Scott agar meluangkan lebih masa bersama anak tunggalnya itu.

Secara keseluruhannya Ant-Man And The Wasp: Quantumania adalah sebuah naskhah yang berbaloi untuk ditonton. Sebuah pengembaraan yang sangat menyeronokkan biarpun ada ketika babak-babak klise turut mengisi ruang penceritaan.

Ant-Man And The Wasp: Quantumania

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi/pengembaraan

Durasi: 2 jam 5 minit

Pengarah: Peyton Reed

Pelakon: Paul Rudd, Evangeline Lilly, Jonathan Majors, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Kathryn Newton

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 16 Februari 2023

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca