Karya komposer muda, vokalis hebat tempah tiket di AJL37

SEMI FINAL AJL37
SEMI FINAL AJL37
A
A
A

SETELAH melengkapkan dua episod Semi Final Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) menerusi 30 buah lagu sebagai pencalonan, 12 lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), diumumkan pada Sabtu.

Edisi kali ini menyaksikan penguasaan daripada pengkarya muda yang tampil dengan sentuhan muzik segar merangkumi pelbagai genre sekali gus memberi lebih warna kepada AJL37 yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 7 Februari tahun hadapan.

Kebanyakan lagu-lagu yang layak menepati ramalan ramai termasuk Bahagiakan Dia, hasil ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq, Terus Hidup (Aina Abdul), Kembali Terang (Senna & Ajin) dan Satu Malam Di Temasek (Sonaone & Joe Flizzow).

Lebih menarik karya-karya terpilih turut diwakili oleh barisan penyanyi bervokal hebat dan cukup sinonim dengan pentas AJL seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Ernie Zakri, Liza Hanim dan Marsha Milan.

Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail bersama Azlan Abdul Hassan, Jenny Chin, Damien, LY dan Cikgu Shafi.

Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 yang bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Ramlah Ram, Syura, Farahdhiya dan kemunculan istimewa Elyana.

Senarai penuh 12 lagu layak ke AJL37

1. Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)

Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan Shah Shamshiri

2. Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)

Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim

3. Korban (Ernie Zakri)

Komposer: Ernie Zakri

4.Bahagiakan Dia (Liza Hanim & Shila Amzah)

Komposer: Aliff Iskandar, Que Afiq

5. Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)

Komposer: Sonaone & Joe Flizzow

6.Kembali Terang (Marsha Milan)

Komposer: Senna, Jin

7.Terus Hidup (Aina Abdul)

Komposer: Aina Abdul

8. Nang (Iman Troye)

Komposer: Ezra Kong, A Ramle

9. Payung Pelangi (Noki & MK)

Komposer: Noki, MK

10.Sengsara (Khai Bahar)

Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat, Omar K

11.Irama (Shiha Zikir)

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

12. Mainan (Naim Daniel)

Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga, Arisz Ab Rahman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca